Mulai esok 1/5/2020 semua penjaja yg mempunyai SSM layak memohon GERAN KHAS bernilai Rm3,000.00 utk 700,000 PKS, atas dasar siapa cepat dia dapat walau pun tarikh akhirnya 15/5/2020.
1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
mikro seperti berikut:
– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan
– Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
dan
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
S3: Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?
J3: Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar
secara one-off.
S4: Bagaimanakah memohon Geran Khas PRIHATIN?
J4: Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15
Mei 2020.
Pages: 1 2