PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH PADA 24 JUN 2020 (RABU)
Sebagai permulaan, hanya murid kelas peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara akan hadir ke sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yakin dengan pematuhan kepada SOP yang disediakan oleh KPM bersama-sama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), sekolah akan dapat beroperasi semula dalam keadaan selamat.
Antara perkara penting yang perlu sentiasa diberi perhatian adalah amalan penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan. Ibu bapa juga perlu memastikan anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
Kerjasama erat ibu bapa, guru, murid dan warga sekolah amat penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah dapat dilaksana dalam keadaan selamat.
Sumber : KPM
Pages: 1 2
