Nama : Norsuhaidah Binti Samsudin
Umur : 32 Tahun
Latar belakang
Pn Sue sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak dan beliau baru sahaja berpindah di Kg Serting Tengah sejak 3 tahun dahulu. Dengan semangat keinginannya untuk menambah pendapatan keluarga, beliau menjadi usahawan kecil-kecilan di Kg Serting Tengah. Pn Sue sering kali datang ke NADI untuk mendapatkan bantuan berkaitan perniagaannya. Pn Sue juga adalah seorang ahli aktif di NADI Kg Serting Tengah semenjak awal tahun ini. Beliau seringkali menghabiskan masa terluangnya di NADI Kg Serting Tengah, sama ada untuk melayari internet, mendapatkan capaian internet, mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan mahupun untuk perkhidmatan yang disediakan di NADI. Selain itu, beliau juga sering melibatkan diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh organisasi dan persatuan yang ada di sekitar kawasan kampung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan dengan NADI Kg Serting Tengah, Pn Sue hanya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dari rumah sahaja, kerana beliau tiada keyakinan untuk memperkembangkan perniagaannya. Kini dengan penglibatanya dalam kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh NADI telah membuka mata beliau tentang peluang dan keuntungan yang boleh dicapai sekiranya beliau menjadi lebih kreatif dan berusaha lebih.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Semenjak mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh NADI Kg Serting Tengah, Pn Sue semakin terbuka untuk mengembangkan perniagaanya. Melalui proses try and error, beliau menambahbaik resipi produk makanannya berdasarkan resipi yang dikongsi oleh pengguna media sosial seperti Tiktok, dan Youtube. Hasilnya, bulan demi bulan keuntungan yang diperolehinya adalah berlipat kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pages: 1 2