mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI (3) 17 JANUARI 2026 – CYBERSECURITY (ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL)

Tajuk     : Cybersecurity – Ancaman SIiber Dalam Dunia Digital
Tarikh    : 17 Januari 2026
Masa     : 3.00 Petang – 4.30 Petang
Lokasi   : NADI Kampung Serting Tengah

Ancaman siber dalam dunia siber merujuk kepada sebarang tindakan, aktiviti atau risiko dalam talian yang boleh menjejaskan keselamatan sistem, peranti dan data digital seseorang atau organisasi. Ancaman ini biasanya bertujuan untuk mencuri maklumat, merosakkan sistem, menipu pengguna atau mengambil alih akaun tanpa kebenaran. Contoh ancaman siber termasuk penggodaman, penipuan dalam talian (scam), perisian hasad (malware), pancingan data (phishing) dan kebocoran data. Ancaman siber boleh memberi kesan besar seperti kerugian kewangan, kehilangan data serta menjejaskan privasi dan kepercayaan pengguna.

Gambar disini