mcmc
Aktiviti Pi1M

Aktiviti NADI

IMG20160609150811

 

 

PERASMIAN HARI BERSAMA PEDi KG. SERTING TENGAH

TEMPAT : DEWAN RAMAI RUMAH RAKYAT SERTING TENGAH

TARIKH : 14 JUN 2015

 

Hari Bersama PEDi ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan olah Suruhan Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Intelligence Sendirian Berhad iaitu kemudahan capaian Internet Jalur Lebar yang disediakan di PEDi Serting Tengah.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya Roda Impian soalan berkaitan ICT, Typing Worrior melihat sejauh mana kecekapan pelajar tersebut menaip, Treasure Word, Dam Ular, Bowling Kelapa, Gubahan kain batik dan Musang berjanggut. Selain itu, penduduk setempat didedahkan lagi dengan aktiviti usahawan iaitu slot diskusi niaga online. Slot usahawan ini diadakan untuk menggalakan penduduk untuk berniaga dan memperluaskan ilmu dalam usahawan. Bagi pelajar sekolah pula, mereka didedahkan dengan laman web unicliq. Unicliq tersebut adalah web untuk mereka mengulangkaji pelajaran. Terdapat pelbagai soalan daripada sekolah rendah sehingga pelajar sekolah menengah.

Tambahan lagi, pada hari tersebut pihak Pusat Internet telah menjemput beberapa booth, antaranya ialah Kolej Komuniti, Agensi AntiDadah Kebangsaan, Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN), Astro dan X0X (komunikasi), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dari KEMAS dan pendaftaran UMNO dari PUTRI UMNO.

Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berhormat DATUK SRI UTAMA TAN SRI HAJI ISA BIN DATO’ HAJI ABDUL SAMAD.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis perasmian PEDi Kg. Serting Tengah. 

DSCN0222