MAKLUMAN PENTING: PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN 2026
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
Permohonan kini dibuka, dan semua pemohon diminta mengikuti prosedur berikut tanpa pengecualian:
- Sediakan dan fotostat semua dokumen yang diperlukan.
- Dapatkan dua borang sahaja di NADI:
Borang Pengesahan Sekolah
Borang Pengesahan Pendapatan & Permaustatinan
- Setiap borang dan setiap salinan dokumen wajib disahkan oleh pihak berautoriti.
- Setelah lengkap dan disahkan, bawa semua dokumen ke NADI untuk proses imbasan (scan) dan pengisian borang secara online.
Proses pengisian borang online akan dibuat mengikut giliran berdasarkan prinsip First Come, First Serve. Pihak kami akan memaklumkan apabila proses pendaftaran dan muat naik selesai.
