HARI SUKAN NEGARA
TARIKH : 10 OKTOBER 2015
TEMPAT : DEWAN DAN PADANG FUTSAL SERTING TENGAH
Pada 10 oktober yang lepas kita rakyat Malaysia telahpun mencatat sejarah seramai lima juta rakyat malaysia telah turun untuk menyertai program julung kali diadakan.
Penduduk kampung Serting Tengah juga tidak terlepas dari menyertai program tersebut. Program Hari Sukan itu diadakan di dewan dan padang Serting Tengah. Semua penduduk Serting Tengah dan Kampung yang berhampiran telah turun untuk menyertai. Antara acara dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan oleh KOSPEN dan diteruskan dengan acara aerobik. Selepas itu sukan dipecahkan kepada beberapa kategori. Bagi orang dewasa lelaki acaranya adalah futsal kain pelekat. Manakala untuk dewasa wanita adalah boling kelapa dan lari membawa bola. Seterusnya acara untuk kanak-kanak adalah sukaneka.
Hari Sukan Serting Tengah telah berlangsung dengan meriah kerana mendapat sambutan dari penduduk yang berhampiran.
PENDAFTARAN KOSPEN
FUTSAL KAIN PELEKAT
TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT YANG TELAH MEMERIAHKAN LAGI HARI SUKAN NEGARA DI KAMPUNG SERTING TENGAH. TAHNIAH KEPADA PEMENANG. UNTUK MELIHAT LAGI GAMBAR-GAMBAR ACARA SILA LIHAT DI GALERI FOTO.
