mcmc
JKKK

JKKK

IMG-20160216-WA0022

 

 

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

TARIKH : 30 OGOS 2015

TEMPAT : DEWAN KG SEERTING TENGAH

 

Pada tahun 2015 kali ini penduduk Kampung Serting Tengah sekali lagi menyambut Hari Kemerdekaan di dewan orang ramai Serting Tengah yang dianjurkan oleh JKKK Kg Serting Tengah. Majlis telah berjalan dengan lancar, dan telah dihadiri oleh penduduk Kg Serting Tengah dan penduduk yang berhampiran. Diantara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan karaoke bertemakan hari kemerdekaan. Selain itu, pertandingan menghias bangunan dengan bendera juga adalah satu pertandingan. Meriah setiap rumah dan bangunan di kibarkan bendera malaysia. 

Sambutan telah berjalan dengan lancarnya dan sangat meriah. Tepat jam 12 malam, penduduk Kg Serting Tengah telah melaungkan Merdeka sebanyak 3x dan diikuti dengan nyayian lagu negaraku serta menaikkan bendera malaysia. Program seperti ini harus dipupukkan kepada anak muda kita supaya mereka lebih menghayati apa itu erti kemerdekaan.

IMG-20150905-WA0065

Menghias permis perniagaan dengan bendera malaysia

IMG-20150905-WA0055

Nyanyian lagu patriotik