mcmc
Maklumat Am

KHAIRAT KEMATIAN (SKK)

Tahukah anda? Kerajaan MADANI turut menyediakan Skim Khairat Kematian (SKK) sebanyak RM1,000 kepada penerima STR yang layak.

🩷 SKK bertujuan membantu meringankan beban waris sekiranya berlaku kematian pemohon atau pasangan pada tahun 2026, sebagai sokongan kewangan awal ketika saat memerlukan:

💰 Bantuan RM1,000 kepada waris berdaftar.
🕊️ Membantu mengurangkan beban kewangan keluarga.
📌 Khusus untuk penerima STR kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

🏢 Tuntutan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN di seluruh negara dengan mengemukakan dokumen berikut:

✅ Sijil kematian yang dikeluarkan oleh JPN
✅ Kad pengenalan atau sijil lahir waris
✅ Dokumen bukti pertalian antara waris dan si mati

💙 Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan rakyat dan waris terus terpelihara.

MalaysiaMADANI
MADANIBekerja
RancakkanMADANI

Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi
Jabatan Penerangan Malaysia