mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 20 JANUARI 2024 – Q4 ICT 2023 (NORHASIMAH BINTI HASLAN)

 

Nama : Norhasimah Binti Haslan
Umur : 40 Tahun

 

Latar belakang

Pn Hasimah merupakan anak jati Kg Serting Tengah. Beliau seorang suri rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak. Beliau adalah seorang ahli aktif di PEDi Kg Serting Tengah semenjak tahun 2018 lagi. Beliau seringkali menghabiskan masa terluangnya di PEDi Kg Serting Tengah, sama ada untuk melayari internet, mendapatkan capaian internet, mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan mahupun untuk perkhidmatan yang disediakan di PEDi. Selain itu, beliau juga sering melibatkan diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh organisasi dan persatuan yang ada di sekitar kawasan kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini beliau kurang dari segi pemahaman ict dan teknologi yang berkaitan. Ini termasuk juga dengan pengetahuan asas komputer seperti Microsoft office dan konsep asas dalam dunia digital. Selepas pengenalan kepada program yang dianjurkan oleh PEDi membuatkan beliau berminat untuk menjadi ahli PEDi bagi membolehkan beliau menikmati kelebihan sebagai ahli PEDi. Tambahan lagi, beliau juga berminat untuk belajar lebih jauh lagi dalam bidang ict dan teknologi digital.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Semenjak menjadi ahli PEDi, Pn Hasimah sangat rajin menyertai kelas dan program yang dianjurkan. Melalui kelas yang dianjurkan oleh PEDi, beliau semakin mahir untuk menggunakan komputer. Sesuai dengan peningkatan usianya, tahap kemahiran komputernya membolehkan beliau menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. Pada masa yang sama, berkat usaha beliau yang tanpa penat menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi, beliau semakin mahir dalam penggunaan microsoft word. Kini, kebolehan beliau adalah seiring dengan usianya, dan menjadikan beliau tidak lagi tertinggal dalam kemahiran ict dan teknologi digital.