Nama : Mohamad Firdaus Bin Jamingan
Umur : 37 Tahun
Latar belakang
En. Firdaus merupakan seorang usahawan yang sering mendapatkan perkhidmatan dan bantuan dari PEDi Kg Serting Tengah. Beliau yang mula menjadi ahli sejak awal tahun 2023 sering datang ke PEDi Kg Serting Tengah sama ada untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan, mahupun mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi. Bermula sebagai peniaga separuh masa, di mana beliau hanya berniaga menjual dari rumah sahaja, beliau kini menjadi peniaga sepenuh masa yang telah mempunyai sebuah gerai makan dan terus mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan dengan PEDi Kg Serting Tengah, En. Firdaus hanya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dari rumah sahaja dengan mengambil tempahan dahulu. Penglibatan dalam kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi membuka mata beliau tentang peluang dan keuntungan yang boleh dicapai sekiranya beliau menjadi lebih kreatif dan berusaha lebih.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi Kg Serting Tengah, En. Firdaus semakin terbuka untuk mengembangkan perniagaanya. Melalui proses try and error, beliau menambahbaik resipi produk makanannya berdasarkan resipi yang dikongsi oleh pengguna media sosial seperti Tiktok, dan Youtube. Hasilnya, bulan demi bulan keuntungan yang diperolehinya adalah berlipat kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya. En. Firdaus juga semakin bijak memasarkan produk makanan dan minumannya setelah menjalani kelas-kelas keusahawanan di PEDi. Selain itu, beliau juga mula memasarkan produknya secara atas talian melalui Whatsapp dan Whatsapp group penduduk tempatan, dan tidak lagi hanya memfokuskan perniagaan secara besemuka.
Pages: 1 2