Nama : Shamsudin Bin Sapie
Umur : 39 Tahun
Latar belakang
En. Shamsudin merupakan seorang usahawan yang sering mendapatkan perkhidmatan dan bantuan dari PEDi Kg Serting Tengah. Beliau yang mula menjadi ahli sejak pertengahan tahun 2023 sering datang ke PEDi Kg Serting Tengah sama ada untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan, mahupun mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi. Bermula sebagai seorang tukang gunting rambut, di mana beliau hanya membuat dari rumah sahaja, beliau kini menjadi peniaga sepenuh masa yang telah mempunyai sebuah kedai makan baharu dan terus mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan dengan PEDi Kg Serting Tengah, En. Shamsudin hanya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dari rumah sahaja. Penglibatan dalam kelaskelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi membuka mata beliau tentang peluang dan keuntungan yang boleh dicapai sekiranya beliau membuka kedai makan baharu yang lebih kreatif dan mempelbagaikan menu-menu kampung.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi Kg Serting Tengah, En. Shamsudin semakin terbuka untuk mengembangkan perniagaanya. Melalui proses try and error, beliau menambahbaik resipi produk makanannya berdasarkan resipi yang dikongsi oleh pengguna media sosial seperti Tiktok, dan Youtube. Hasilnya, bulan demi bulan keuntungan yang diperolehinya adalah berlipat kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya. En. Shamsudin juga semakin bijak memasarkan produk makanan dan minumannya setelah menjalani kelas-kelas keusahawanan di PEDi. Selain itu, beliau juga mula memasarkan produknya secara atas talian melalui Whatsapp, Whatsapp group, tiktok dan sebagainya. Beliau juga tidak lagi hanya memfokuskan perniagaan secara besemuka.
Pages: 1 2