Nama : Muhammad Irfan Najmi Bin Abdullah
Umur : 13 Tahun
Latar belakang
Adik Irfan merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik yang kini tinggal di Rumah Rakyat Serting Tengah. Beliau bersekolah di SMK Batu Kikir yang berhampiran dengan rumahnya. Adik Irfan juga adalah seorang ahli aktif di NADI Kg Serting Tengah semenjak tahun 2022 lagi. Beliau seringkali menghabiskan masa terluangnya di NADI Kg Serting Tengah, sama ada untuk melayari internet, mendapatkan capaian internet, mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan mahupun untuk perkhidmatan yang disediakan di NADI. Selain itu, beliau juga sering melibatkan diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh organisasi dan persatuan yang ada di sekitar kawasan kampung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum ini beliau kurang dari segi pemahaman ict dan teknologi yang berkaitan. Ini termasuk juga dengan pengetahuan asas komputer seperti Microsoft office dan konsep asas dalam dunia digital. Selepas pengenalan kepada program yang dianjurkan oleh NADI membuatkan beliau berminat untuk menjadi ahli NADI bagi membolehkan beliau menikmati kelebihan sebagai ahli NADI. Tambahan lagi, beliau juga berminat untuk belajar lebih jauh lagi dalam bidang ict dan teknologi digital.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Semenjak menjadi ahli NADI, Adik Irfan sangat rajin menyertai kelas dan program yang dianjurkan. Melalui kelas yang dianjurkan oleh NADI, beliau semakin mahir untuk menggunakan komputer. Sesuai dengan peningkatan usianya, tahap kemahiran komputernya membolehkan beliau menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. Pada masa yang sama, berkat usaha beliau yang tanpa penat menggunakan kemudahan yang disediakan di NADI, beliau semakin mahir dalam penggunaan microsoft word. Kini, kebolehan beliau adalah seiring dengan usianya, dan menjadikan beliau tidak lagi tertinggal dalam kemahiran ict dan teknologi digital.
Pages: 1 2