Nama : Muhammad Haziq Zakuwan Bin Mohamad Nisam
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Adik Muhammad Haziq Zakuwan merupakan anak jati Kg Serting Tengah. Beliau kini merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Batu Kikir (Model Khas) adalah seorang ahli aktif PEDi Kg Serting Tengah semenjak tahun 2016 lagi. Adik Zakuwan seringkali menghabiskan masa terluang di PEDi Kg Serting Tengah, sama ada untuk melayari internet, mendapatkan capaian internet, mahupun untuk perkhidmatan yang disediakan.
Anak kedua daripada empat orang adik beradik ini merupakan seorang yang aktif dan seringkali menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi. Selain itu, beliau juga sering melibatkan diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh organisasi dan persatuan yang ada di sekitar kawasan kampung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi, pengetahuan Adik Zakuwan terhadap penggunaan ICT adalah terhad, dengan pendedahan hanya melalui kelas ICT yang ditawarkan sekali seminggu di sekolah. Selain itu, penggunaan komputer juga adalah sangat kurang, kerana ketiadaan komputer di rumah. Pengenalan kepada program yang dianjurkan oleh PEDI membuatkan beliau berminat untuk menjadi ahli PEDI bagi membolehkan beliau menikmati kelebihan sebagai ahli PEDI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak menjadi ahli PEDI, Adik Zakuwan sangat rajin menyertai kelas dan program yang dianjurkan. Melalui kelas yang dianjurkan PEDI, beliau semakin mahir untuk menggunakan komputer. Sesuai dengan peningkatan usianya, tahap kemahiran komputernya membolehkan beliau menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik.
Apabila wabak Covid-19 melanda, Adik Zakuwan dapat membiasakan diri dengan perubahan proses pembelajaran yang terpaksa dilaksanakan ekoran larangan untuk ke sekolah. Hasil daripada kelas dan program yang telah disertai, beliau mahir untuk mengendalikan sistem komputer dan telefon pintar sesuai dengan keperluannya.
Setelah keadaan kembali kepada sedia ada, Adik Zakuwan semakin mengorak langkah proaktif dan mempelajari lebih banyak kemahiran komputer, dan semakin bijak menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat.
Pages: 1 2