Nama : Nurulhuda Binti Mad Din
Umur : 37 Tahun
Latar belakang
Pn Nurul adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan sudah berkahwin. Pn Nurul dikurniakan 5 orang cahaya mata. Dengan semangat keinginannya untuk menambah pendapatan keluarga, beliau menjadi usahawan kecil-kecilan di sekitar Kg Serting Tengah. Pn Nurul sering kali datang ke NADI untuk mendapatkan bantuan berkaitan perniagaannya. Pn Nurul juga adalah seorang ahli aktif di NADI Kg Serting Tengah semenjak awal tahun ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan dengan NADI Kg Serting Tengah, Pn Nurul hanya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dari rumah sahaja dan kurang mahir dalam mempromosikan perniagaannya kerana beliau tiada keyakinan untuk memperkembangkan perniagaannya. Kini dengan penglibatanya dalam kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh NADI telah membuka mata beliau tentang peluang dan keuntungan yang boleh dicapai sekiranya beliau menjadi lebih kreatif dan berusaha lebih.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Semenjak mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh NADI Kg Serting Tengah, Pn Nurul semakin terbuka untuk mengembangkan perniagaanya. Melalui proses try and error, beliau menambahbaik resipi produk makanannya berdasarkan resipi yang dikongsi oleh pengguna media sosial seperti Tiktok, dan Youtube. Pn Nurul juga semakin bijak memasarkan produk makanannya setelah menjalani kelas-kelas keusahawanan di NADI. Selain itu, beliau juga mula memasarkan produknya secara atas talian melalui Whatsapp dan Whatsapp group penduduk tempatan, dan tidak lagi hanya memfokuskan perniagaan secara besemuka.
Pages: 1 2