| Bentuk Perkhidmatan Pintar | Pembelajaran Sepanjang Hayat – Cybersecurity |
| Kisah kejayaan | Latar belakang Adik Fariz, berumur 13 tahun, merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir. Beliau seorang yang aktif dan rajin serta sering hadir ke NADI Kampung Serting Tengah untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Melalui penglibatan di NADI, Fariz mendapat banyak peluang menyertai program yang bermanfaat, sekaligus membantu mengasah bakat dan meningkatkan keyakinan dirinya. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Sebelum penglibatan Fariz di NADI Kampung Serting Tengah, beliau kurang terdedah kepada aktiviti luar bilik darjah dan peluang untuk mengembangkan bakat serta minatnya agak terhad. Masa lapangnya banyak dihabiskan di rumah tanpa arah tuju yang jelas. Beliau juga kurang keyakinan diri dan jarang bergaul dengan rakan sebaya dalam aktiviti yang membina. Namun, selepas mula aktif bersama NADI Kampung Serting Tengah, perubahan positif dapat dilihat dalam diri Fariz dari segi sikap, kemahiran dan semangat untuk belajar perkara baharu. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Selepas penglibatan aktif di NADI Kampung Serting Tengah, Fariz semakin menunjukkan minat dalam bidang teknologi dan keselamatan siber. Beliau kerap menyertai webinar berkaitan cybersecurity yang dianjurkan, antaranya mempelajari cara mengesan dan mengatasi scammer serta langkah-langkah berjaga-jaga semasa melayari internet. Pengalaman ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan Fariz, malah membantu beliau menjadi lebih bijak dan berhati-hati dalam penggunaan teknologi harian. |
Kisah Kejayaan
21 November 2025