mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q3 OKT 2025 – MAHIR GAJET

Bentuk Perkhidmatan Pintar    Mahir Gajet
Kisah kejayaan  
Latar belakang

    En Mohd Husani merupakan seorang individu berusia 41 tahun yang mempunyai semangat tinggi dan minat yang mendalam dalam mencuba perkara baharu. Beliau merupakan seorang yang berdikari dan bekerja sendiri dalam bidang yang diminatinya. Sikap rajin, berdisiplin serta kesungguhannya untuk memperbaiki diri telah mendorong beliau untuk terus maju dalam kerjaya dan kehidupan. Selain itu, Mohd Husani juga merupakan seorang suami yang bertanggungjawab dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Keinginan beliau untuk belajar serta menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa menjadi salah satu faktor utama kejayaan yang dikecapinya pada hari ini. Selain itu, En Mohd Husani juga telah menjadi ahli NADI Kampung Serting Tengah sejak 28 Julai 2019 lagi.
Beliau sering ke NADI untuk perkhidmatan yang tersedia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
    Sebelum penglibatan beliau ke NADI, Mohd Husani merupakan seorang yang kurang keyakinan diri dan jarang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti pembelajaran atau kelas kemahiran mahupun secara fizikal atau atas talian. Beliau tidak pernah menyertai mana-mana program untuk menambah ilmu pengetahuan kerana beranggapan aktiviti seperti itu tidak sesuai dengan dirinya. Selain itu, beliau juga tidak mengetahui bahawa NADI menawarkan pelbagai aktiviti dan kelas bermanfaat yang dapat membantu meningkatkan kemahiran serta memberi peluang untuk menambah pendapatan untuk keluarganya. Namun begitu, perubahan mula berlaku apabila beliau mula mengetahui tentang program yang dijalankan di NADI dan tertarik untuk menyertainya bagi memperbaiki diri serta memperluas pengetahuan dalam bidang baharu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan
Selepas menyertai program di NADI iaitu kelas Mahir Gajet, Mohd Husani mula menunjukkan perubahan yang positif dari segi keyakinan diri dan kemahiran penggunaan teknologi. Beliau kini lebih berani mencuba pelbagai aplikasi dan peranti digital yang sebelum ini dirasakan sukar untuk digunakan. Melalui bimbingan tenaga pengajar atas talian, beliau berjaya memahami cara penggunaan telefon pintar dengan lebih efisien, termasuk dalam urusan kerja dan perniagaan. Kelas tersebut bukan sahaja menambah pengetahuan baharu, malah membantu beliau berinteraksi dengan peserta lain serta membina jaringan sosial yang sihat dan produktif. Perubahan ini menjadikan Mohd Husani lebih yakin untuk meneroka peluang baharu, terutama dalam meningkatkan mutu perkhidmatannya. Malah beliau boleh menjana pendapatan sampingan dengan adanya kemahiran mahir gajet ini.