| Bentuk Perkhidmatan Pintar | Kidventure (Usahawan cilik) |
| Kisah kejayaan | Latar belakang Adik Ziyad merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik yang kini tinggal di Rumah Rakyat Serting Tengah. Beliau bersekolah di SK Felda Serting yang berhampiran dengan rumahnya. Adik Ziyad juga adalah seorang ahli aktif di NADI Kampung Serting Tengah semenjak beliau mendaftar ahli. Beliau seringkali menghabiskan masa terluangnya di NADI Kampung Serting Tengah, sama ada untuk melayari internet, mendapatkan capaian internet, mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan mahupun untuk perkhidmatan yang disediakan di NADI. Selain itu, beliau juga sering melibatkan diri dengan kelas online iaitu dalam kelas cybersecurity dan kidventure (usahawan cilik). Adik Ziyad berminat untuk berniaga suatu hari nanti. Sebelum penglibatan NADI Sebelum ini beliau kurang dari segi pemahaman ict dan teknologi yang berkaitan. Ini termasuk juga dengan pengetahuan asas komputer seperti Microsoft office dan konsep asas dalam dunia digital. Selepas pengenalan kepada program yang dianjurkan oleh NADI membuatkan beliau berminat untuk menjadi ahli NADI bagi membolehkan beliau menikmati kelebihan sebagai ahli NADI. Tambahan lagi, beliau juga berminat untuk belajar lebih jauh lagi dalam bidang ict dan teknologi digital. Selepas penglibatan NADI Semenjak menjadi ahli NADI, Adik Ziyad sangat rajin menyertai kelas dan program yang dianjurkan. Melalui kelas yang dianjurkan oleh NADI, beliau semakin mahir untuk menggunakan komputer. Sesuai dengan peningkatan usianya, tahap kemahiran komputernya membolehkan beliau menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. Pada masa yang sama, berkat usaha beliau yang tanpa penat menggunakan kemudahan yang disediakan di NADI, beliau semakin mahir dalam penggunaan microsoft word. Kini, kebolehan beliau adalah seiring dengan usianya, dan menjadikan beliau tidak lagi tertinggal dalam kemahiran ict dan teknologi digital. |
Kisah Kejayaan
22 July 2025