mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2021 – USAHAWAN 1

 

Nama        : Norfazielah Binti Muhd Ali

Umur        : 29 Tahun 

Ahli           : 2020

 

Latar belakang

Cik Fazielah merupakan seorang pekerja swasta sepenuh masa. Sepanjang beliau bekerja ini, beliau telah mencuba untuk menjadi seorang  usahawan Pusat Internet Komuniti dengan menjual pelbagai jenis kueh raya. Antara kueh yang beliau jual adalah seperti tart nenas original, tart nenas strawberry, tart nenas blueberry, kueh kapit, batang buruk dan sebagainya. Beliau menjual kueh ini kerana minat yang mendalam dalam  bidang keusahawanan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti.

Pendapatan bulanan beliau  sekitar RM150 – RM300 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg.Serting Tengah, pendapatan bulanan beliau  kini mencecah RM400 – RM600 sebulan mengikut jualan semasa. Selain itu, peserta sudah mahir dalam mempromosikan jualannya di dalam media sosial. Banyak laman web  yang beliau pelajari seperti di whatsapp, facebook dan sebagainya bagi tujuan mempertingkatkan lagi jualan beliau.