USAHAWAN
|
NAMA : Ku Sazariah Binti Ku Ibrahim UMUR : 51 Tahun |
Suri rumah sepenuh masa dan menjalan bisnes atas talian secara sampingan dengan menjual produk kecantikan.
LATAR BELAKANG
Puan Sazariah telah mula berjinak-jinak dalam bisnes perniagaan secara kecil-kecilan secara online. Konsep perniagaan yang dijalankan ialah konsep “dropship” atau lebih kepada menjadi agen untuk menjual produk dengan mempromosikan produk tersebut tanpa perlu memegang stok.Ianya hanya dijual secara online sahaja.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Pendapatan bulanan beliau sekitar RM 200 .00 sahaja sebulan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg.Serting Tengah, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan jualan beliau. Beliau lebih tertumpu membuat jualan melalui facebook berbanding medium lain.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 400 – RM 500 sebulan.