mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 Q2 2023 – MOHAMAD KAMAL BIN MHD MASRI

Nama        : Mohamad Kamal Bin Mhd Masri

Umur        : 28 Tahun 

Ahli           : 2022

 

Latar belakang

En. Mohamad Kamal merupakan seorang usahawan yang sering mendapatkan perkhidmatan dan bantuan dari PEDi Kg Serting Tengah. Beliau yang mula menjadi ahli sejak tahun 2022 sering datang ke PEDi Kg Serting Tengah sama ada untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan, mahupun mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi. Bermula sebagai peniaga separuh masa, di mana beliau hanya berniaga menjual air balang semasa bulan Ramadan sahaja, beliau kini menjadi peniaga sepenuh masa dan terus mengorak langkah untuk memajukan perniagaan, dan tidak hanya meniaga air balang sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan PEDi Kg Serting Tengah, En Mohamad Kamal hanya menceburkan diri dalam bidang perniagaan setiap kali bulan Ramadhan sahaja dengan menjual air balang. Ini kerana dengan jadual kerja yang fleksibel, beliau boleh membuka gerai menjual air balang pada petang hari, sesuai dengan waktu dan permintaan pada bulan Ramadan. Dari segi modal perniagaan, memandangkan beliau hanya menjual air, perniagaannya adalah berbentuk modal rendah dan keuntungan rendah. Penglibatan dalam kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi membuka mata beliau tentang peluang dan keuntungan yang boleh dicapai sekiranya beliau menjadi lebih kreatif dan berusaha lebih.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Semenjak mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi Kg Serting Tengah, En Mohamad Kamal semakin terbuka untuk mengembangkan perniagaanya. Tidak lagi hanya menjual air balang, beliau mula menjinakkan diri dengan menjual produk makanan, seperti mi goreng, bihun goreng, serta kuih muih yang boleh disiapkan sambal beliau menjual air balangnya. Melalui proses try and error, beliau menambahbaik resipi produk makanannya berdasarkan resipi yang dikongsi oleh pengguna media sosial seperti Facebook, Tiktok, dan Youtube. Hasilnya, pada Bulan Ramadan tahun ini, keuntungan yang diperolehinya adalah berlipat kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beliau yang sebelum ini bekerja tetap dalam bidang swasta, walaubagaimanapun telah diberhentikan kerja kerana syarikatnya mengalami kerugian ekoran kelembapan ekonomi kini. Beliau walau bagaimanapun redha dengan ketentuan ini, dan kini mula berniaga secara harian. Produk makanan dan minuman yang dijualnya pula semakin divariasikan, bagi memenuhi kehendak pengguna, melalui proses brainstorming dengan menggunakan contoh perniagaan makanan di media sosial. Beliau juga kini mula memasarkan produk kuihnya dalam bentuk sejuk beku.

En Mohamad Kamal juga semakin bijak memasarkan produk makanan dan minumannya setelah menjalani kelas-kelas keusahawanan di PEDi. Beliau semakin bijak menarik perhatian pengguna dengan padanan gambar dan ayat yang menarik. Poster, iklan, dan banner merupakan bahan pemasaran yang dihasilkan sendiri oleh beliau, sambal dibimbin goleh petugas PEDi. Selain itu, beliau juga mula memasarkan produknya secara atas talian melalui Whatsapp dan Facebook group penduduk tempatan, dan tidak lagi hanya memfokuskan perniagaan secara besemuka.