mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 Q3 2023 – FAUZIAH MOHD YUNUS

Nama        : Fauziah Binti Mohd Yunus

Umur        : 59 Tahun 

Ahli           : 2023

 

Latar belakang

Puan Fauziah merupakan seorang suri rumah tangga dan mempunyai 4 orang anak. Puan Fauziah merupakan seorang usahawan yang bermula dari rumah. Beliau menjual pelbagai jenis masakan seperti lauk- pauk untuk majlis, kueh, biskut raya, roti dan banyak lagi. Beliau yang mula menjadi ahli           sejak awal tahun 2023 sering datang ke PEDi Kg Serting Tengah sama ada untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan, mahupun mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau  sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Penglibatan dalam kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi membuka mata beliau tentang peluang dan keuntungan yang boleh dicapai sekiranya beliau menjadi lebih kreatif dan berusaha lebih.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Semenjak mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi Kg Serting Tengah, Puan Fauziah semakin terbuka untuk mengembangkan perniagaanya. Melalui proses try and error, beliau menambahbaik resipi produk makanannya berdasarkan resipi yang dikongsi oleh pengguna media sosial seperti Facebook, Tiktok, dan Youtube. Bulan demi bulan keuntungan yang diperolehinya adalah berlipat kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya.Puan Fauziah juga semakin bijak memasarkan produk makanannya setelah menjalani kelas-kelas keusahawanan di PEDi. Selain itu, beliau juga mula memasarkan  produknya secara atas talian melalui Whatsapp dan Facebook Group penduduk tempatan, dan tidak lagi hanya memfokuskan perniagaan secara bersemuka.