Nama : Rozi Hartini Binti Kamaruddin
Umur : 43 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Puan Rozi merupakan seorang suri rumah tangga dan mempunyai 4 orang anak. Puan Rozi juga merupakan seorang usahawan yang bermula dari rumah. Beliau menjual pelbagai jenis masakan seperti lauk- pauk, nasi lemak, laksa, bakso, dan jeli kelapa. Beliau yang mula menjadi ahli sejak tahun 2019 sering datang ke PEDi Kg Serting Tengah sama ada untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan, mahupun mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau sekitar RM150 – RM300 sahaja sebulan. Penglibatan dalam kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi membuka mata beliau tentang peluang dan keuntungan yang boleh dicapai sekiranya beliau menjadi lebih kreatif dan berusaha lebih.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi Kg Serting Tengah, Puan Rozi semakin terbuka untuk mengembangkan perniagaanya, melalui proses try and error, beliau menambahbaik resipi produk makanannya berdasarkan resipi yang dikongsi oleh pengguna media sosial seperti Facebook, Tiktok, dan Youtube. Bulan demi bulan keuntungan yang diperolehinya adalah berlipat kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya. Puan Rozi juga semakin bijak memasarkan produk makanannya setelah menjalani kelas-kelas keusahawanan di PEDi. Selain itu, beliau juga mula memasarkan produknya secara atas talian melalui Whatsapp dan Facebook group penduduk tempatan, dan tidak lagi hanya memfokuskan perniagaan secara bersemuka.
Pages: 1 2