|
NAMA : SUZA AZLINA BINTI ALIAS UMUR : 31 TAHUN |
LATAR BELAKANG
Puan Suza bekerja sendiri sebagai seorang tukang jahit mengambil upah membuat baju pelbagai fashion. Pada masa yang sama beliau telah mula bergiat dalam perniagaan jahit baju secara atas talian dan secara lansung hampir 2 tahun lalu. Puan suza mempromosikan baju jahitannya di dalam page facebooknya.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET.
Pendapatan bulanan beliau sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan .
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET.
Selepas beliau mengikuti kelas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg.Serting Tengah, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000 sebulan. Puan Suza juga telah mempelajari banyak media masa untuk dia memperluaskan lagi bidang jahitannya. Selain itu, Puan Suza juga sudah mahir dalam mencari maklumat di dalam internet antaranya ialah mencari idea fashion terkini dan mempelajari pola baju yang terkini.
Pages: 1 2