| Tajuk : Kidventure : Webinar Operasi Perniagaan |
| Tarikh : 20 September 2025 |
| Masa : 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
| Lokasi : NADI Kampung Serting Tengah |
Operasi perniagaan ialah semua aktiviti yang dijalankan untuk memastikan sesuatu perniagaan berjalan dengan lancar. Bagi seorang usahawan cilik, operasi perniagaan bermula dengan merancang barang yang ingin dijual, membeli bahan mentah atau stok, dan menyediakan produk untuk pelanggan. Contohnya, jika menjual makanan, usahawan perlu memasak, membungkus dan menyusun makanan dengan kemas. Selain itu, mereka juga perlu melayan pelanggan dengan baik, memberikan harga yang betul dan mengira hasil jualan dengan tepat. Kebersihan kawasan perniagaan juga perlu dijaga agar pelanggan selesa. Semua aktiviti ini adalah sebahagian daripada operasi harian yang penting dalam menjalankan perniagaan dengan berjaya.
Gambar disini