| Tajuk : Cybersecurity – Cyber Hygiene |
| Tarikh : 22 Januari 2026 |
| Masa : 3.00 Petang – 4.00 Petang |
| Lokasi : NADI Kampung Serting Tengah |
Cyber hygiene merujuk kepada amalan asas dan rutin keselamatan siber yang perlu diamalkan oleh setiap individu dan organisasi bagi melindungi peranti, akaun serta data daripada ancaman siber seperti penggodaman, penipuan dalam talian dan kebocoran maklumat.
Tujuan cyber hygiene adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan digital, mengurangkan risiko serangan siber, melindungi data peribadi serta memastikan penggunaan teknologi dan internet yang selamat dan bertanggungjawab.
Aktiviti Cyber Hygiene:
- Gunakan kata laluan yang kuat dan berbeza
- Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)
- Kemas kini sistem dan aplikasi secara berkala
- Berhati-hati dengan pautan atau mesej mencurigakan
- Lindungi dan sandarkan data serta peranti