mcmc
Maklumat Am

MINGGU IMUNISASI SEDUNIA

94178466 10156971279961237 3640789608691662848 o

Imunisasi dikenali sebagai tindakan kesihatan yang paling berkesan dan menjimatkan. Namun hampir 20 juta kanak-kanak di dunia tidak mendapat vaksin yang diperlukan. Jadi, Minggu Imunisasi Sedunia (24-30 April 2020) ini disambut bagi tujuan mempromosi kegunaan vaksin dan melindungi setiap individu dari pelbagai jenis penyakit.

Tema oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) bagi tahun 2020 ialah #VaccinesWork for All” atau “Vaksin berkesan untuk semua” yang bertujuan untuk mempromosikan penggunaan dan kepentingan vaksin untuk melindungi semua golongan umur dari penyakit cegahan vaksin.

Tema ini juga memberi fokus kepada organisasi termasuk anggota kesihatan yang terlibat dalam pelaksanaan Program Imunisasi walau di mana pun mereka berkhidmat, dengan tujuan untuk melindungi kesihatan masyarakat tanpa mengira etnik, bangsa dan agama.

#KitaTeguhKitaMenang
#COVID19malaysia
#
Staysafe