1. Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti berikut :
Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional KPM
Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
Program Kemahiran di :
- Kolej Vokasional KPM
- Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
- GIATMARA
2. Permohonan secara online dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017.
3. Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari https://sptv.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
*** Di Kg. Serting Tengah ramai murid lepasan PT3. Untuk makluman, kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftar kemasukkan KV di Juasseh sila isi borang online seperti yang tertera di atas. ***
*** Sumber Rujukan : ” https://www.moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2017/3498-maklumat-kemasukan-murid-bagi-program-vokasional-dan-sekolah-menengah-teknik-ambilan-januari-2018 ” ***