UMNO CAWANGAN SERTING TENGAH
TEMPAT : DEWAN KG SERTING TENGAH
TARIKH : 24 FEBRUARI 2016
MASA : 04:00 PETANG
Berkumpul bersama ajk UMNO cawangan serting tengah dan ajk cawangan lain untuk menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan di sekitar Kg Serting Tengah. Selain itu, semua ajk telah menziarahi jiran tertangga yang kurang sihat dan turut menyampaikan sumbangan. Program seperti ini adalah dapat membantu serba sedikit kepada keluarga yang memerlukan. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Wanita UMNO cawangan Jempol iaitu Cik Hasnah Binti Mohammed.


Terima kasih kepada yang hadir menziarahi penduduk sekitar Serting Tengan yang kurang bernasib baik.
BERZANJI DAN SELAWAT SEMPERNA MAULIDUR RASUL
TEMPAT : SURAU KG SERTING TENGAH
TARIKH : 28 DISEMBER 2015
MASA : 05:00 PETANG
Sambutan maulidur rasul telah di adakan di Surau Rumah Rakyat Serting tengah. Pada sebelah petang telah berlangsungnya majlis berzanji dan selawat dari wanita Kg Serting Tengah. Selepas itu, pada sebelah malam telah berlangsungnya solat berjemaah dan ceramah agama oleh ustaz jemputan.


