KONVENSYEN KOSPEN PERINGKAT DAERAH JEMPOL
TARIKH : 28 APRIL 2016
MASA : 02:00 PETANG
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI SERTING TENGAH
PENERANGAN :
Majlis Konvensyen KOSPEN peringkat Daerah Jempol ini diadakan adalah untuk pertandingan pembentangan aktiviti KOSPEN yang telah dijalankan dikawasan masing-masing. Beberapa kampung wakil KOSPEN telah menyertai pertandingan ini iaitu Sungai Shampo, Palong 5, Palong 2, Kg. Sertingg Ilir dan Kg. Serting Tengah. Selain itu, Kg. Serting Tengah telah menjadi tuan rumah pada kali ini.
Pada permulaannya, telah berlangsung pertandingan memasak menu KOSPEN. Diteruskan lagi dengan pembentangan oleh wakil-wakil Kampung. Jam 4:00 petang ketibaan YB Dato’ Shamsulkahar Bin Mohd Deli. YB Dato’ Shamsulkahar Bin Mohd Deli telah memukul gendang bagi merasmikan program pada hari ini dan acara memotong pulut kuning untuk hari wanita.
Pemenang untuk pembentangan aktiviti KOSPEN telah dimenangi oleh Tuan Rumah iaitu Kg. Serting Tengah, Naib johan palong 5, tempat ketiga Sungai Shampo, tempat keempat palong 2 dan tempat kelima Kg. Serting Ilir. Tahniah pada pemenang. Johan pertandingan telah mendapat Piala,wang tunai dan sijil penyertaan. Selain itu Johan akan ke peringkat Negeri pula.
Terima Kasih kepada semua wakil wakil yang datang untuk memberi sokongan. Tidak dilupa persatuan KEMAS juga turut hadir.


Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25
