TARIKH : 7 SEPTEMBER 2015
MASA : 09:00 AM – 01:00 PM
TEMPAT : DEWAN RAMAI RUMAH RAKYAT SERTING TENGAH

JEMPOL – Felda akan menerima banduan sedang menjalani parol bekerja di ladang milik agensi itu di seluruh negara dengan anggaran pendapatan RM1,300 sebulan.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata, keputusan itu dibuat berikutan agensi berkenaan prihatin nasib mereka untuk mencari pendapatan bagi menampung keluarga.
“Daripada sudut kemanusiaan, Felda tidak ada masalah untuk membantu mereka (banduan). Ini antara usaha bagi mengelakkan mereka terus terjebak aktiviti menyalahi undang-undang.
“Mereka akan terima gaji minimum dan elaun seperti pekerja lain. Kami harap mereka dapat manfaatkan peluang ini sebaiknya untuk mengubah kehidupan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program TemuSeru, Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti di Dewan Orang Ramai Serting Tengah, di sini kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Parol dan Perkhidmatan, Ibu Pejabat Jabatan Penjara, Abdul Aziz Mohamad; Pengarah Parol dan Perkhidmatan Negeri Sembilan, Muhamad Asri Sabu dan Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias.
Mohd Isa berkata, jumlah banduan yang akan bekerja di ladang Felda akan ditentukan Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara.
Sementara itu Abdul Aziz berkata, usaha itu membuktikan bahawa Felda sama sekali tidak menyisihkan banduan.
“Setakat ini, kami ada 474 banduan yang sedang menjalani parol di seluruh negara.
“Mereka akan diberi pilihan untuk bekerja di ladang Felda, tetapi keutamaan diberikan kepada banduan yang berasal dari Felda dan berminat dalam bidang pertanian,” katanya.
** COPY DARI : http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/peluang-kedua-untuk-banduan-1.428848
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25
