mcmc
Maklumat Setempat

Berita Setempat

no30002

 

 

SAMBUTAN MERDEKA DARI TABIKA KEMAS RUMAH RAKYAT SERTING TENGAH

TARIKH : 31 OGOS 2015
TEMPAT : TABIKA KEMAS RUMAH RAKYAT SERTING TENGAH

 

Pada 31 Ogos 2015 yang lepas, kanak-kanak tabika kemas dan ibu bapa telah dijemput untuk memeriahkan lagi acara perarakan mengibarkan jalur gemilang disekitar taman perumahan Rumah Rakyat Serting Tengah. Acara dimulakan dengan senaman aerobik, kemudian diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan negaraku dan lagu kemerdekaan sambil mengibarkan jalur gemilang. Selepas itu, acara perarakan mengibarkan jalur gemilang di sekitar Rumah Rakyat Serting Tengah. Seterusnya acara disambung dengan pertandingan mewarna. 

Aktiviti sebegini adalah untuk memupuk semangat patriotik kepada anak kecil, supaya mereka lebih mendalami apa itu merdeka.

IMG-20150905-WA0061

 

IMG-20150905-WA0058