mcmc
Maklumat Setempat

Berita Setempat

no30002

 

 

Blog

Blog ialah laman yang diuruskan oleh sesebuah organisasi mahupun individu. Blog boleh diibaratkan sebagai jurnal harian atau diari bagi berkongsi pengalaman, gambar atau video. Pembaca juga berpeluang untuk meninggalkan komen pada artikelartikel yang dikongsi. Di dalam keseronokan anda menulis blog, anda dinasihatkan supaya berhati-hati. Pastikan apa yang anda tulis tidak menghina orang lain, tidak berbaur fitnah mahupun perkauman.

 

Laman Rangkaian Sosial (Social Networking Websites)

Laman sosial seperti Facebook, Myspace, Tagged dan Flickr adalah platform peribadi anda, di mana maklumat tentang diri anda dipamerkan di sini dan antara keunikannya:

• Mengemaskini status semasa;
• Mengajak rakan-rakan untuk bersama-sama memberi komen dan pendapat; dan
• Memuat naik dan berkongsi gambar yang sopan dan sesuai bersama rakan-rakan.

 

E-mel

E-mel kini adalah satu kemudahan komunikasi yang digunakan oleh semua orang. 

• Terdapat pelbagai jenis e-mel yang boleh digunakan antaranya Yahoomail, Gmail, Hotmail, 1Malaysia (myemail) dan lain-lain.
• Anda boleh menghantar e-mel kepada ramai penerima pada masa yang sama, dan juga kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia, selagi anda tahu alamat e-mel mereka.
• Anda juga boleh menghantar gambar, lagu dan rakaman video melalui e-mel.

 

Laman Sembang

Melalui laman sembang, anda boleh:
• berkomunikasi dengan rakan lama;
• bertemu dengan rakan baru;
• berinteraksi dengan beberapa orang rakan pada masa yang sama; dan
• berbual dengan kemudahan kamera web (webcam) untuk berkongsi pendapat dan bertukar pandangan antara satu sama lain.

Pelbagai kemudahan disediakan untuk anda berkomunikasi bersama rakan-rakan anda secara langsung seperti Skype, Yahoo Messenger dan MSN Messenger.