mcmc
Maklumat Setempat

Berita Setempat

no30002

 

 

KLIK DENGAN BIJAK

Peringatan Apabila anda sedang berbual secara dalam talian (online):

A. Jangan berikan apa-apa maklumat peribadi mengenai diri anda, seperti nama penuh anda, nombor telefon peribadi, alamat rumah atau sekolah. Bagaimanapun, mungkin tidak menjadi masalah sekiranya anda memberitahu mereka negeri atau bandar di mana anda tinggal.

✔ Jadi, jika seseorang bertanya perkara-perkara seperti itu, cubalah untuk tidak menjawabnya. Kami tahu anda BIJAK!

 

 

B. Elakkan dari mengatur pertemuan dengan kenalan yang baru ditemui di Internet.

✔ Jika ada yang mengajak anda berjumpa, minta pendapat orang dewasa yang boleh dipercayai.
✔ Jangan berjumpa berseorangan. Bawa bersama rakanrakan anda, abang atau kakak, dan pastikan anda berjumpa di tempat awam.

 

C. Jika ada orang yang tidak dikenali ingin menjadi rakan anda, pastikan anda pertimbangkannya dengan sebaikbaiknya atau abaikan sahaja permintaan mereka!

✔ Jika anda telah menerima mereka sebagai rakan tetapi tidak mahu berkomunikasi lagi dengan mereka, anda boleh mengeluarkan mereka daripada senarai rakan anda.

 

 

D. Hindari dari menunjukkan gambar anda. Dalam dunia siber ini, seseorang yang berniat jahat boleh menjejaki anda walaupun hanya melalui gambar.

✔ Anda juga boleh pilih mana-mana gambar yang tidak menyerupai diri anda, seperti gambar ‘Avatar’ (kartun yang menyerupai rupa anda), pemandangan ataupun gambar haiwan kegemaran anda.
✔ Jangan sesekali meletakkan gambar anda yang kurang sopan di dalam talian. Ia mungkin disebarkan oleh pihak lain dan anda tidak boleh mengeluarkan semua salinan yang ada di Internet.

 

E. Jangan mudah terpedaya dengan gambar yang cantik.

✔ Ramai yang telah menjadi mangsa penipuan identiti.
✔ Seseorang yang berniat jahat akan melakukan apa